Sunday, 24 February 2013

kita pilih~ :)


Bismillahirrahmanirrahim~

Dah lama sangat tak mengiau kat blog ni..
meh bagi ‘sikit’ :D




meeeeeaawww!! :p


*update sambil dengar lagu sahabat-najwa latif :p*

Kawan? Orang kata semua orang mesti ada kawan dan pernah ada kawan..
Kawan baik, kawan jahat,kawan biasa…ala macam kita tulis kat buku biodata kita masa kecil2 dulu..
haa… macam la tak pernah buat kan.. :p

Tapi apa beza kawan dengan sahabat?
Ada beza ke? Pergi cari kamus dewan..ada beza tak maksudnya..hehe~
Bagi aku la kan mungkin ada beza..
Kawan tu kawan la.. orang yang kita kenal..
Orang yang pernah main game sama2 dgn kita..
Eh? Yang ni mengikut definisi akulah kan..whoa~ :p

Sahabat pula orang paling rapat dengan kita..
Dah macam family dah pun..
Susah senang kita bersama.. :)
Orang yg dah boleh agak apa yang kita rasa melalui muka kita je.. :)
Wohoho.. comel je~

Kita semua ada ramai kawan.. tapi kita perlu memilih sahabat..
Erk? Macam pelik je ayat ni..
Yela.. kan ada peribahasa yang mengatakan

‘jika kita berkawan dengan org jual minyak wangi, kita pon boleh jadi wangi.. tapi kalau kita kawan dengan tukang besi, haa.. dapatlah bau besi’

Lebih kurang macam ni la peribahasanya..
Tapi bukanlah bermaksud kita tak boleh berkawan dengan tukang besi..
Boleh jadi tukang besi tu seorang sahabat yang baik..kan?
Maksud kat sini, kita kena bijak pilih sahabat..
Sebab…

‘seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan temannya. Maka, hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman’

Sebab tu la ada Pembimbing Rakan Sebaya kat sekolah..
sebab kita lagi rapat dengan kawan-kawan..
Kita lagi dengar cakap kawan-kawan..
Kawan-kawan ajaq hampa men game..hampa men..
Tapi kalau cikgu hampa suruh hampa buat homework,
Hamboi,,kemain ketegaq nak dengaq.eh? :p

Memang susah nak cari sahabat yang baik..
Sahabat yang menjaga kebajikan sahabatnya yang lain..
Sahabat yang selalu ingatkan dan dekatkan hati kita dengan Allah..
Tapi semua tu pilihan kita.. nk ikut yang baik atau yang buruk..

Al-qamah berpesan “pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk membantu, dia menerima dengan rasa terharu. Jika dia melihat kebaikan padamu, dia suka menghitung-hitung dan jika melihat keburukkanmu dia akan menutupinya”








orang selalu cakap.. ‘asyik aku je kena jaga hati orang, hati aku sapa nak jaga’
Jangan risau. Allah Jagakan.. senyumsaje~ ^__^v


kita boleh kawan dengan semua orang.. yang baik kita ambil.. yang buruk kita jadikan sempadan..
dan kalau boleh tegurlah kawan kita tu..
kan Allah suruh kita melakukan amar makruf nahi mungkar ;)


Tapi kan…
I always wonder.. ADAKAH AKU SAHABAT YANG BAIK? Allah~


Wallahu’alam..

Yang baik dari Allah Tuhanku dan yang kurang itu disandarkan pada diriku ini~

Assalamualaikum dari sahabat yang sedang memperbaiki dirinya ke arah yg lebih baik.. insyaAllah :)


kita ada ramai kawan.. ada yang ada bila kita happy je..
tapi sahabat tak macam kawan..
dia ada bila kita susah dan senang :)
syukran jazilan kawan-kawan & sahabat
ukhuwahfillah abadan abada


1 comment:

  1. ain.. ^__^ abg anda sahabat saye...masyaALLAH..

    *care awak mengiau sgt garang,, =..=

    ReplyDelete