Saturday, 13 September 2014

Ooo.. Malas ye~

PAP!

satu tamparan kuat tak kuat jugaklah hinggap di bahu aku..
terasa peritnya..
ingat nak balas balik..
tapi malaslah nak layan..


"oit! asal ni menung je dari tadi aku tengok? ada masalah?" suara ni macam aku kenal.. aku toleh.. aku senyum..


"oh.. kau ke.. takdelah weh.. lately aku rasa macam malas je.." aku balas malas.


"hmm.. kau ni ada masalah ni.. tanak share ke? manalah tahu aku boleh tolong ke kan"


"tak de apalah.. hmm.. betul kau nak tolong?"


"insyaAllah, anything for you, friend" selamba dia jawab.. aku tersenyum..


"aku rasa macam nak dengar nasihat kau lah harini.. boleh tak kawan?"


"erk? haha.. aku bukanlah hebat sangat nak bagi nasihat kat orang.. tapi aku cuba eh.. ye lah.. kita kan kawan.."


aku senyum lagi.. kali ni nampak gigi :B


"hmm kau pernah tak dengar orang yang harini dia sihat je.. esoknya dia tak boleh jalan.. 
kau pernah tak alami harini orang tu elok je bergelak ketawa dengan kita tapi esok dia pergi buat selama-lamanya..


"pernah" sepatah aku jawab.


"ok.. cuba kau bayangkan andai esok kita tak mampu berjalan seperti hari ini,
andai hari esok kita pergi dari dunia ni, kau rasa kau nak bermalas lagi tak macam ni?"


aku diam .... perlahan aku geleng..


"haa.. kan.. jadi hargailah setiap nikmat yang ada.. kaki, tangan, mata, semua yang Allah bagi, hargai, manfaatkan.. sebab kita tahu hidup kat dunia ni bukan selamanya.. 
andai kita tahu esok hari kita, mesti kita bersungguh-sungguh buat kebaikkan.. buat baik dengan semua orang.. kann.. 
jadi janganlah malas.. serius kalau malas ni kita tak dapat apa.. orang semua dah jauh berlari ke depan.. kita yang malas ni masih lagi bermalas-malasan kat belakang.. lawan rasa malas tu.. kalau bukan kita yang nak ubah diri kita, siapa lagi?"


aku senyum.. kali ni senyuman aku tawar.. 


"dah.. dah.. tak payah nak sedih sangat.. jangan biarkan syaitan ketawa berdekah-dekah bila tengok kita gagal disebabkan sikap malas kita ni.. dekatkan diri dengan Allah.. bergaul dengan orang yang positif.. 
lagi satu asal malas je cepat-cepat amik wudhuk.. kalau tu pon malas, istighfar banyak banyak banyak kali.. 
start our day with ma'thurat and insyaAllah everything will be okay.. okay?"


"Okay!" :)


"Dah jom.."


"jom pergi mana?"


"jom pergi jogging lah.. ke malas? hehehe"

"hahaha.. kejam!"




jangan malas-malas ye :)

No comments:

Post a Comment